Amirul VS Pojea- Latihan Silat Tongkat
Budaya Melayu harus dinikmati dan dihargai oleh orang Melayu sendiri, sebelum kita mempromosikannya kepada masyarakat antarabangsa. Anak melayu perlu kenal seni budaya nenek moyang mereka lantas mengutip nilai-nilai positif yang diterapkan. Amat malang bila orang Melayu sendiri mencemuh seni budaya Melayu, menganggapnya kolot serta ketinggalan zaman.
Entri kali ini berkisar tentang seni silat yang tergolong dalam aktiviti kebudayaan antaranya silat cantik, silat tari, silat jatuh, silat pulut, silat tongkat dan sebagainya. Silat-silat ini masih lagi dipelajari di kampung-kampung melalui pertubuhan kecil dengan keahlian terhad. Kebanyakan murid adalah golongan kanak-kanak antara 6 hingga 12 tahun namun terdapat juga murid remaja dan dewasa. Aktiviti latihan diadakan pada waktu malam antara pukul 9.30 hingga 11.00 malam. Guru akan mengajar tarian langkah sembah, bunga dan buah serta kunci secara berperingkat sehingga semua murid mahir. Pada malam minggu aktiviti silat diiringi paluan gendang dan serunai, murid turut berpeluang mempelajari muzik silat.
Guru turut menerapkan nilai-nilai murni dalam bersosial seperti bersalaman dengan semua orang, menghormati yang lebih tua, patuh pada guru, yakin diri, serta memupuk semangat persaudaraan. Secara peribadi penulis amat memandang tinggi seni budaya ini dan merasakan ia patut disokong oleh masyarakat setempat serta pihak berwajib. Secara ilmiah aktiviti ini mampu meningkatkan kemahiran psikomotor dan kognitif murid serta meransang sensitiviti mereka ketahap yang lebih baik. Indikator terbaik ialah apabila penulis melihat sendiri perubahan positif dari segi sikap dan tingkah laku peserta.
Untuk perbandingan mari kita lihat bagaimana ibu bapa di Eropah yang menganggap seni tarian ballet dan piano sebagai suatu yang amat penting dipelajari oleh kanak-kanak. mereka hampir mewajibkan setiap kanak-kanak menguasai ballet dan piano. Bahkan kajian oleh sarjana barat juga menyatakan aktiviti ballet mampu meningkatkan kecerdasan otak dan motor kanak-kanak.
Alif Vs Adam
Pihak Qew Communications Sdn. Bhd. dengan rasa rendah diri menjemput saudari/saudara untuk memeriahkan Acara Prelude International Malay Art and Culture di Muzium Warisan Melayu, UPM, Serdang pada 21 - 23 NOVEMBER 2014. Kehadiran anda amat dihargai.
ReplyDeleteTerima kasih kerana menjemput. Harap maaf kerana kami tidak mampu memenuhi undangan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
ReplyDelete