Followers

Saturday, June 14, 2014

Cetakan lino : Langkah demi langkah



Entri kali ini untuk memenuhi permintaan rakan-rakan dan murid. Lama betul pakcik tak menulis, almaklumlah cuti sekolah, sibuk dengan kenduri sana-sini.  Ramai yang bertanya tentang langkah-langkah untuk menghasilkan seni cetakan timbul. Jadi pakcik terpanggil untuk mewakafkan sekelumit  ilmu berdasar sedikit pengetahuan dan pengalaman menghasilkan cetakan semasa berguru dengan sifu Ponirin Amin. 


Seni cetakan timbulan merupakan kaedah cetakan tradisional paling tua, dianggarkan bermula sejak lebih 5000 tahun lampau. Seni cetakan awal ditemui di China, muncul pada abad ke 7 masihi, mereka gunakan blok kayu untuk hasilkan cetakan kitab keagamaan dan yang paling tua ditemui dalam piramid . 

Cetakan timbul boleh dibuat menggunakan blok kayu, blok lino atau kolagraf. Di Maalaysia teknik cetakan digunakan dalam penghasilan batik tradisional iaitu batik cap, menggunakan blok kayu dan logam . Tujuan kita mencetak ialah untuk mendapatkan imej yang sama berulang kali. Diringkaskan cerita mari kita bincangkan proses catakan langkah demi langkah.




Langkah 1 :  Menyediakan alat serta bahan


Bahan utama ialah kepingan lino dan dakwat cetakan. Kepingan lino ada bermacam kualiti, yang paling bagus adalah kepingan lino buatan German dijual dengan harga sekitar RM35 sekeping yang berukuran 1X1 kaki. Ada kepingan lino buatan China yang dijual dengan harga lebih murah iaitu sekitar RM 11 hingg RM 15 untuk saiz yang sama. Dakwat cetakan pula dijual dalam bentuk tiub kecil (RM 6.50), bekas ½ kilo (RM30) dan Tin 1 kg (RM55).
   Kedua-dua bahan ini agak sukar didapati disini, selalunya pakcik oder dari Kak Tie Ketereh, nah  ini no hp beliau 0179603324. Kebanyakan rakan guru telahpun mengenali dia.  Ehh!! iklan percuma lah pulak. 

Peralatan lain yang diperlukan ialah pisau ukir, roller, pisau palit, kepingan kaca, registration block, turpentine dan pastinya….. kertas. 


Ini Dakwat cetak
Ini kepingan Lino


Langkah 2 : Menyediakan imej negatif
 
Untuk menghasilkan seni  sudah pasti memerlukan imej. Dalam konteks cetakan kita akan menyediakan imej secara terbalik, contohnya sekiranya kita ingin memasukkan teks sebagai imej cetakan maka kita perlu sediakan design dengan tulisan terbalik. Rujuk gambar dibawah  untuk lebih jelas. Pakcik memilih gambar tikus dan labu untuk demonstrasi kali ini. Buat beberapa cadangan komposisi dan pilih satu yang paling berkenan dihati (atau paling senang dibuat).

Cadangan rekaan yg mengandungi teks

Ini imej yang dipilih 

Langlah 3 : Memindahkan imej keatas blok / kepingan lino

            Bagi mereka yang  sudahdah pro, boleh terus ukir imej pada kepingan lino. Tapi itu tentunya sukar, pakcik pun tak pernah buat macam tu.
Pilihan kedua ialah menampal design tersebut diatas kepingan lino dan ukir mengikut imejnya. Ini pun masalah juga, kalau satu warna memang boleh, tapi untuk cetakan berwarna-warni cara ini tidak sesuai, malah proses mengukir keluar imej juga menjadi sukar kerana lapisan kertas atas permukaan lino akan koyak rabak semasa proses mengukir.
Jadi pakcik cadangkan pilihan terakhir iaitu lukis imej negative atas permukaan lino menggunakan pen marker berdakwat kekal. Kenapa dakwat kekal?? ,,,,,,supaya imej pada blok tidak tertanggal semasa proses mencetak berulang kali. Terpulang samada mahu lukis secara freehand atau trace dengan kertas karbon. 

Ini imej yang dilukis dengan marker pen diatas kepingan lino. Mungkin ada yang bertanya kenapa kepingan lino pakcik berwarna hijau. Sebenarnya ini eksperimen, pakcik guna cutting matt..... alaaah benda yang orang buat lapik untuk memotong kertas tu. Tauke Art Jaya Machang yang minta pakcik cuba bahan ini... Iklan percuma lagi. Cutting matt boleh digunakan cuma mungkin lebih baik kepingan lino.Dan gambar diatas sebenarnya yang telah siap diukir lapisan pertama, yang belum diukir pakcik terlupa snap. Korang guna imaginasi sendiri lah.

Langkah 4 : Menngukir  keluar imej

            Proses mengukir imej dilakukan menggunakan pisau ukir. Ukir keluar mengikut urutan warna yang dirancang. Warna cerah akan dicetak lebih dahulu jadi bahagian tersebut diukir keluar dahulu, diikuti warna yang semakin gelap dan diakhiri dengan warna paling gelap atau hitam. 


 Nah!!! Ukior! Ukior!!

Langkah 5 : Menyediakan registration block

            Registration block adalah tempat untuk kita letakkan blok cetakan untuk proses cetak keatas kertas. Kegunaannya ialah supaya imej tidak lari bila dicetak  kali kedua dan seterusnya. Dua paku dibahagaian atas akan memastikan kertas berada ditempat yang sama apabila dicetak. Rujuk gambar supaya lebih jelas.


Potong mountingboard dan tampal atas plywood atau mountingboard besar, 
buat sarang ikut saiz kepingan lino


Langkah 6 : Menyediakan dakwat

            Dakwat cetak dilepa diatas permukaan kaca menggunakan pisau palit sehingga lembut dan tidak berketul. Gelek dengan roller sehingga rata dan nipis, kemudian gelekkan roller keatas blok lino untuk meratakan dakwat cetak. Sedia untuk mencetak.



Langkah 7 : Proses mencetak

            Letakkan kepingan lino dalam registration block dengan berhati-hati. Letakkan kertas pada lubang paku, dan lepas kan kertas supaya terhampar diatas kepingan lino. Gosok dengan sudu atau sudip kayu, tapi Pakcik lebih selesa guna upih pinang untuk menggosok cetakan. Setelah diyakini dakwat telah melekat barulah kertas diangkat dengan cermat. Keringkan ditempat teduh selama 1 hingga 3 hari atau sehingga dakwat kering.

 

 


 Imej yang siap dicetak warna pertama


Langkah 8 : Membersihkan dakwat

            Bersihkan dakwat pada permukaan kaca, roller, kepingan lino  dan pisau palit menggunakan turpentine. Lapkan dengan kertas surat khabar dan kain sehingga semua kesan dakwat hilang. Sedia untuk proses mengukir untuk cetakan warna kedua. Rasanya langkah ini tak perlu gambar.
 

Langkah 9 : Proses mengukir untuk cetakan  warna kedua

            Ukir keluar semua bahagian yang akan dibiarkan dengan warna kuning dari cetakan pertama. Lihat gambar untuk lebih jelas.


Setelah diukir keluar kali kedua : tinggal bahagian yang akan dicetak hitam sahaja


Langkah 10 : Ulang cetak dengan warna kedua

            Untuk cetakan kali ini, pakcik Cuma menggunakan dua warna, jadi warna kedua ialah warna hitam. Lihat gambar langkah-demi langkah.

Gelek dakwat


Roll pada blok, letak dalam registration block

Letak kertas yang telah dicetak warna pertama

Gosok dengan upih

Angkat balik kertas

Sidai ditempat teduh

Sudah masuk Asar...... nanti pakcik sambung kemudian


9:27 pm,, ok sambung lagi. Proses mencetak diatas mengambil masa selama 5 hari. Walaupun cuma dua warna, prosesnya tetap makan masa terutamanya proses menjana idea, mengukir, mencetak dan pengeringan dakwat sangat perlahan.


Sekitar bengkel cetakan di SMK Kubang Kerian
Ops..... Stop dulu nanti sambung

7:46am..... Sambung lagi. Pakcik kagum dengan cikgu dan pelajar SMK KK kerana mereka begitu komited dalam belajar. Pn Mas ratna menganjurkan bengkel cetakan semasa cuti sekolah. Pelajar dijemput melalui fb sahaja dan semua hadir. 





15 comments:

  1. pkcik nk tumpang tanya..yg part pkai marker tu..klau wrna pertma saya wrna kuning..x ke nanti wrna tu akan berubah..sbab dha tercmpur dgn wrna marker hitam..hrap pkcik fham soalan nie dan dpt jwb

    ReplyDelete
  2. owh ya..lagi satu saya nk tanya,umm sebelum letak kertas d lubang paku,pakcik dha bcorkan ke kertas tu trlebih dahulu? sya hrap pkcik dpt rply scpt mungkin.. ^-^

    ReplyDelete
  3. tysm sebab share process cetakan timbul ni.. sebab krsv 2015 ada soalan yg sama tp bbeza tema

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, tumpang tnye, mne sye boleh cari langkah2 penuh utk mmbuat cetakn timbulan? harap pak cik reply scepat yg mungkin.. trima kasih

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Emmm macam mana nak jawab ya? Cuba adik baca posting ini sekali lagi, bermula dari atas.

    ReplyDelete
  7. trimakasih infonya sangat menarik,,
    bermanfaat sekali,,
    mantap,,.

    ReplyDelete
  8. Saya nak tanya kalau guna kertas kabon atas kayu sbb nk lukis gmbr atas kayu tuu.. mcm.mna nk pdm balik..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. saya nak tanya… adakah salah kalau kita memotong lino kepada dua utk mendapatkan satu hasil karya cetakan.. sbg contoh terdapat 5 warna pada karya cetak..jadi sya potong dan roll warna pada lino yg telah dipotong..dan satukan lino semasa mencetak..mcm puzzle

    ReplyDelete