Followers

Sunday, February 23, 2014

Monday, January 27, 2014

Aktiviti studio hari ini

Proses terakhir reka corak tekstil ialah melukis cadangan reka letak. Kali ini kami cuba sesuaikan reka corak dari aktiviti lepas untuk dipadankan dengan rekaan t-shirt. 










Thursday, January 23, 2014

Garis selari

Antara aktiviti yang mampu mengasah kemahiran melukis ialah "shading" menggunakan garis selari atau disebut hetching. Jom





Ada jugak yang tak cukup vitamin








Tuesday, January 21, 2014

Perspektif

Kefahaman tentang perspektif amat membantu pelajar dalam proses melukis, terutamanya yang melibatkan peniruan (imitasi). 
Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat menghasilkan satu lukisan yang mempunyai kesan ruang kedalaman.




Sambungan aktiviti lepas

Setelah siap melukis kajian subject matter, kita akan menghasilkan rekaan corak tekstil berdasarkan kajian tersebut.

Lukisan kali ini tidak lagi tertumpu kearah meniru objek, tetapi kita akan mengubah suai objek menjadi motif. Ciri-ciri asal objek digubah dengan kaedah repeatition, distortion, fraction dan campuran untuk membentuk motif.

Lukisan dari aktiviti lepas.

Digubah dalam format pecahan (fraction) bebas dan berulangan.

Digubah secara herotan (distortion) dan perulangan.
Selamat mencuba.

Lukisan kajian

"Sesiapa yang tinggal berdekatan pantai sila bawa beberapa jenis kulit siput minggu depan". Itulah arahan yang cikgu keluarkan minggu lepas.

Hari ini, terdapat lebih dari 10 jenis cengkerang yang dibawa oleh murid. Kami akan melukis kulit siput ini untuk mengkaji struktur, garisan, jalinan dan bentuknya.

Lukisan kajian biasanya dibuat untuk menjana idea bagi menghasilkan bentuk seni yang lain. Objek yang ditiru disebut subject matter, iaitu subjek yang menjadi asas kepada perkembangan idea seterusnya.
Perhati, fokus dan lukis......







Akriviti akan bersambung dalam unit pembelajaran seterusnya. 








Thursday, January 9, 2014

Pengajaran, pembelajaran dan penilaian hari ini

Aktiviti Menggabungkan garisan gesture , kontur dan grid Untuk membina bentuk objek. Pelajar akan menyedari struktur objek melalui satah-satah yang dilukis. Diakhir pembelajaran mereka akan bertambah kemahiran melukis dan faham struktur objek.










Monday, January 6, 2014

Salam 2014

Sepanjang penggal 2, pelajar seni visual stpm akan dilatih kemahiran melukis. Aktiviti hari ini ialah melukis menggunakan garisan kontur. Objektif aktiviti ini ialah supaya pelajar mengetahui bagaimana bentuk objek boleh ditimbulkan dari permukaan datar.







Monday, December 16, 2013

Resepi sup belut untuk budak baru bersunat

Musim cuti sekolah hujung tahun ramai ibu bapa mengambil peluang mengkhatankan anak. Pakcik turut mengkhatankan anak yang ketiga kali ini. Hari ini seawal 6.00 pagi lagi anak pakcik yang baru 3 hari berkhatan minta untuk makan sup belut. Jadi entri kali ini Pakcik akan kongsi resepi memasak sup belut yang sesuai untuk kanak- kanak lepas berkhatan. 
Bahan - bahannya :
1. 3 ekor belut bersaiz sederhana.
2. Halia, dimayang halus
3. Bawang besar, dipotong dadu
4. Bawang putih, di ketuk
5. Tomato, dipotong dadu
6. Serai, dititik. Bunga kantan di belah
7. Dua helai daun limau purut
8. Daun sup, daun bawang, daun ketumbar
9. Limau nipis dan cili api
10. Rempah bunjut sup ikan( adabi ada jual )


Cara masak
Bersih kan belut, untuk hilangkan lendir boleh digaul dengan cuka atau limau nipis, toskan.
Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali belut, daun sup/ daun bawang/ daun ketumbar. Panaskan hingga mendidih.
Setelah mendidih barulah dimasukkan belut. Daging belut agak lembut dan mudah hancur sekiranya dimasukkan terlalu awal. Biarkan mendidih lagi selama 5 minit. Angkat dan hidangkan panas-panas. Tabur daun sup/ daun bawang/Daun ketumbar sebelum di hidang. 
Ehhh!!! Terlupa letak garam la, korang letak lah sendiri ye.
Perrrgh,,, sangat lazat hingga menjilat sinki.
Ini budak yang kena sunat

Belut dibersihkan

Masak kuahnya dahulu

Masukkan belut

Hidangkan. Selamat mencuba.






Friday, November 22, 2013

Untuk perhatian en kama agency

Posting kali ini sebenarnya untuk kegunaan encik kama dari kama Agency. 
Walau bagaimanapun ini mungkin berguna sebagai info kepada follower dan pengunjung lain. Tahu kah anda bahawa kita perlu menghantar gambar kenderaan kita kepada syarikat insurans untuk proses pembaharuan cukai jalan dan insurans sekiranya cukai jalan kenderaan kita tamat tempoh lebih dari 2 minggu. 
Ini gambar kereta saya dari 3 sisi pandangan




 

Wednesday, November 13, 2013

Resepi asal patin masak tempoyak

Baru-baru ini pakcik sempat menyalin beberapa resepi trdisional dari Tok Mek. Antara yang paling menarik ialah patin masak tempoyak. Menurut Tok Mek resepi asal masak tempoyak adalah sangat ringkas. 
Bahan-bahannya ialah: 
1. Kunyit hidup
2. Tempoyak
3. Daun kunyit
Itu sahaja? Ya! Kata Tok Mek. Bawang? Lengkuas? Kesum? Asam keping?..........tak masuk ke?, Tak! Ini yang asal, kalau nak letak juga boleh masukkan cili padi dan bawang besar sebelum api dipadam. 
Hohoho.... Mari kita cuba 



Perghh!! Lazat, nyaman, nyamai amat!