khusus membincangkan topik-topik berkaitan seni visual peringkat sekolah dan senario seni tampak terkini.Mencadangkan tip-tip untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam subjek seni visual.Memartabatkan seni tradisi sebagai seni kelas pertama tanpa meminggirkan seni kontemporari. (Art scene and education)
Followers
Sunday, April 19, 2015
Sunday, November 9, 2014
Catan tahun 1980an
Minggu lepas pakcik sekeluarga berkunjung kerumah Ayah Chik di Kuala Besut, terengganu. Disana pakcik terpandang sebuah catan yang mampu mencetus imbauan silam. Tercatat tahun 84 disebelah tanda tangan.
Jika dilihat Dari sudut sejarah, karya ini memaparkan subjek popular pada masa itu. Jambatan sultan yahya yang meretangi sungai Kelantan merupakan satu seni bina terunggul di Kota bharu pada era tersebut. Pembinaan jambatan ini memberi impak besar kepada kemajuan negeri kelantan. Apa tidaknya, kalau sebelum itu penduduk Kota bharu yang mahu berurusan di Pasir Mas, Tanah Merah atau Rantau panjang terpaksa menyeberang sungai menggunakan perkhidmatan bot penambang di tambatan diraja.
Ini gambarnya:
Klik untuk besarkan
Diusia kanak-kanak dulu sekitar tahun 80an pakcik amat tertarik dengan catan tempatan yang dipamer sekitar kaki lima bandar Kota Bharu. Kalau sekarang karya sebegini dianggap tidak bernilai, terlalu naif, lebih naif dari "naive Art". Pelukisnya pula tidak mendapat pendidikan formal dari mana-mana institusi. Begitulah pandangan popular, namun tidak bagi pakcik. Kenapa?
Haaa,,,,, tunggu ya, nanti pakcik jawab. Sekarang kena berhenti dulu, dah masuk Waktu Asar.
........ Sambung lagi. Kat mana tadi? Oh ya, pengkelasan karya. Pakcik menerima karya ini , mengiktiraf Nilai seninya sebaris dengan karya seni tampak sezaman denganya. Kenapa tidak?, mari kita lihat lebih lanjut.
1. Karya diatas mempunyai bentuk Dan isi. Sama seperti karya Oleh seniman akademik.
2. Karya diatas turut mengaplikasi aspek formal yang sama seperti karya golongan akademik seni.
3. Karya turut mempunyai nilai sejarah.
4. Karya turut mempunyai Nilai komersil.
Satu lagi karya yang sama pakcik temui
di Pasir Mas pada tahun 1999. Keseluruhannya hampir sama cuma imej kereta sahaja yang berbeza. Rujuk gambar dibawah.
Catan yang sama di temui di kampung Jakar, Pasir Mas.
Tanda tangan yang sama dalam kedua-dua Catan.
Maklumat terbaru yang pakcik terima pelukis karya ini masih lagi aktif melukis dan menjual karyanya di plaza MARA pasir mas, Kelantan.
Ini membuktikan bahawa karya beliau mampu dipasarkan dan telah menyara hidup pelukis lebih 3 dekad. Ini sesuatu yang patut dibanggakan. Tiada masalah dengan karya akademik mahupun non akademik, yang penting ialah berapa lama seniman itu istiqamah berkarya. Pelukis pastinya akan meninggalkan karya mereka sekiranya ia tidak menjana apa-apa penghasilan.
Apresiasi dalam konteks sejarah seni
Imej jambatan dijadikan subjek dalam catan untuk menyatakan ekspresi kagum terhadap seni bina tersebut.
Dari sudut tingkah laku sosial karya ini merakamkan trend masyarakat setempat pada era tersebut. Kereta merupakan salah satu barang mewah pada masa itu. Oleh itu pemilik kereta cenderung untuk mengupah pelukis mengabadikan potret kereta yang dibeli dalam bentuk catan. Pemilik kereta sangat teruja bila imej kereta mereka digabungkan dengan imej seni bina yang mengagumkan.
Sunday, November 2, 2014
TEST PRINT BUKU
BUKU ULANG KAJI SENI VISUAL EDISI TEST PRINT
Buku ulangkaji ini dipersembahkan dalam bentuk SMS, WHATSAPP, WECHAT, TELEGRAM dan sebagainya. Format yang senang dicerna oleh pelajar. 100 muka surat, Menggunakan kaedah inkuiri. Sesuai untuk ulangkaji "Last Minute". Sesiapa berminat SMS 013 9804032. Lima hinggit je.
Contoh beberapa muka surat secara rawak:
Buku ulangkaji ini dipersembahkan dalam bentuk SMS, WHATSAPP, WECHAT, TELEGRAM dan sebagainya. Format yang senang dicerna oleh pelajar. 100 muka surat, Menggunakan kaedah inkuiri. Sesuai untuk ulangkaji "Last Minute". Sesiapa berminat SMS 013 9804032. Lima hinggit je.
Contoh beberapa muka surat secara rawak:
Wednesday, October 29, 2014
Karya terbaru Azian Hasyim @ Mokyae
Bismillahirrahmanirrahim.
Karya "yang berselimut" merupakan satu titik perubahan gaya serta aliran karya seni Azian Hashim. Beliau mula menolak imej-imej realistik digantikan dengan khat Arabik yang tampil secara ekspresif. Seni khat tidak ditulis dengan cara biasa menggunakan pen kaligrafi dan dakwat, sebaliknya pelukis selesa menggunakan media arang (drawing charcoal). Tulisannya tidak mematuhi mana-mana disiplin khat samada kufi atau tuluth menjadikan karya ini unik dalam gayanya tersendiri.
Sebelum mengulas lanjut elok kita berkenalan dahulu dengan pengkarya "Yang berselimut".
Azian Hasyim
Beliau merupakan seorang seniman kelahiran UiTM Shah Alam. Berasal dari kota Bharu, sangat komited serta konsisten berkarya sejak tahun 90an hingga sekarang. Aktif menyertai pameran dan sering memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi.
Bentuk karya (form)
Agak bimbang juga hati untuk menulis mengenai karya terbaru En Azian Hasyim. Bimbang kerana bentuk karya ini agak berlainan dari yang biasa beliau persembahkan. Kalau sebelum ini saya mengkategorikan beliau sebagai "pop Artist", sekarang tidak lagi. Seperti biasa saya akan cuba menulis apresiasi dengan bahasa yang mudah difahami.
Pelukis menggabungkan unsur rupa, garisan serta jalinan. Rupa huruf di bahagian hadapan diselang dengan rupa geomertik pada latar belakang bemberikan sedikit ciri formal seni Islam pada karya. Garisan serta jalinan yang pelbagai di celah-celah huruf menjadikan karya ini sarat dengan bahasa visual yang harus diteroka. Kesatuan unsur serta prinsip seni dalam karya telah menarik visual untuk terus menyoroti keseluruhan komposisinya. Ternyata Azian sebenarnya memaparkan ayat Al-Quran dari surah ke 73, Al Muzammil, ayat 1 hingga 6. Nampaknya penulisan ini akan menjadi semakin mencabar.
Isi (content)
Untuk mendalami makna karya pelukis telah berjaya memaksa penulis membuka kitab suci Al-Quran untuk melihat terjemahannya. Saya tidak akan mentafsir surah ini kerana tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut namun tidak salah sekiranya merumus maksud ayat secara lafziyah.
Jadi rumusan maksud dari ayat 1 hingga 6, surah Al Muzammil ialah galakan serta penekanan akan pentingnya bangun pada sebahagian malam untuk beribadah kepada Allah dengan bertahajjud dan membaca Al-quran secara bertajwid.
Seni merupakan reflek kepada kehidupan harian dan aliran pemikiran seseorang seniman. Perubahan gaya dalam mengamalkan seni mungkin seiring dengan pengalaman yang dilalui serta amalan harian pelukis.
Sebagai seorang muslim, segala tindakan dan amalan mestilah bersandar kepada Al Quran dan hadis. Seorang seniman juga tidak terlepas dari kemestian ini. Melalui karya ini pelukis cuba melaksanakan tanggung jawab dakwah dalam konteks ahli seni tampak.
Karya "Yang berselimut" mungkin merupakan satu perkongsian pengalaman rasa oleh pelukis. Ya, rasa. Rasa cinta, rasa manisnya amal, rasa indahnya ilmu, rasa ketuhanan( merasai kewujudan tuhan ), atau sekurang-kurangnya rasa estetik.
Subhanallah,,,,, nampaknya penulisan kali ini menjadi agak formal. Stop kejap, nanti Akan sambung balik dengan mod yang lebih santai......
3:36 pm
Alhamdulillah........
Sambung lagi 10:11 am
Anak-anak STPM bertanya, "Mana penilaiannya cikgu?. Maksudnya, mereka mahu artikel ini ditutup sepertimana format yang selalu diajar dalam kelas.
Baiklah yang seterusnya ini untuk kalian.
Pertimbangan Formaliame
Pelukis begitu mahir mengorganisasi unsur serta prinsip rekaan dengan media dan teknik yang sesuai. Karya "yang berselimut" telah mencapai kesatuan dan harmoni, memenuhi ciri estetika seni halus.
Pertimbangan ekspresivisme
Karya seni merupakan wadah kepada pelukis untuk meluahkan isi pemikiran mereka. Melalui karya ini Azian Hasyim telah meluahkan secara visual segala idea, hasrat, pemikiran dan rasa yang terpendam.
Pertimbangan instrumentalisme
Lukisan ini berjaya sebagai alat yang menghubungkan pengkarya dengan penghayat. Turut menjadi wakil yang menghubungkan antara aspirasi seniman dengan apresiasi penghayat.
Padei kat ni duluh...... WaAllahuaklam
Wednesday, October 1, 2014
Pameran seni cetakan tradisional
Seni cetakan merupakan satu kaedah menghasilkan imej yang sama berulang kali. Seni cetak tradisional ialah hasil cetakan yang dibuat menggunakan blok kayu, lino, dan kolagraf yang tergolong dalam cetakan timbulan. Kenapa pakcik tambah perkataan tradisional?,,,, haaaaa, sebab kaedah cetakan sekarang sudah terlalu maju. Penciptaan mesin cetak moden menghasilkan imej cetakan yang sangat bermutu namun nilai seninya tidak diukur dari sudut teknik penghasilan. Mesin cetakan moden boleh juga menghasilkan imej cetakan sebagai karya seni namun penilaiannya hanya dari sudut komposisi dan reka letaknya sahaja, sementara hasil seni cetakan tradisional keseniannya bermula dari teknik penghasilan, pengolahan bahan, seterusnya hasil cetakannya. Untuk menghasilkan imej cetakan tradisional pengkarya perlu mahir dalam seni ukir, mahir memanipulasi bahan serta perlu melakukan setiap langkah secara manual dan mematuhi segala disiplin seni cetak. Nah disinilah letaknya nilai estetik pada hasil cetakan tradisional.
Pameran kali ini dianjurkan untuk memenuhi kriteria persembahan dan peragaan dalam penilaian Seni Visual di sekolah Pakcik. Murid-murid mengambil masa selama 3 bulan untuk menyiapkan segala keperluan mengikut kehendak soalan. Mereka menghasilkan satu penulisan cadangan pengkaryaan, Satu siri lukisan sumber idea/ perkembangan ide dan satu karya cetakan yang mempunyai 10 edisi. Rasanya Pakcik tak perlu tulis panjang lebar, korang bukan suka baca pun. Biar foto bercerita.
Pameran kali ini dianjurkan untuk memenuhi kriteria persembahan dan peragaan dalam penilaian Seni Visual di sekolah Pakcik. Murid-murid mengambil masa selama 3 bulan untuk menyiapkan segala keperluan mengikut kehendak soalan. Mereka menghasilkan satu penulisan cadangan pengkaryaan, Satu siri lukisan sumber idea/ perkembangan ide dan satu karya cetakan yang mempunyai 10 edisi. Rasanya Pakcik tak perlu tulis panjang lebar, korang bukan suka baca pun. Biar foto bercerita.
Montaj Pameran
Tuan Pengetua menyaksikan pameran setelah merasmikannya
Terima kasih kerana sudi
hadir, tetamu dari SMK Bachok
Antara pengunjung yang turut menyerikan majlis
Mr Tuff turut hadir
Antara peserta pameran
Hasil cetakan yang dipamer
Cikgu Mie
Blok cetakan turut dipamer
"Bagai Kucing Takutkan Lidi"
Proses menggantung karya
Sesi Bergambar bersama karya
Karya cetakan oleh guru turut di pamer
Apresiasi Individu
Sedikit persegaran
Lukisan Cikgu Mie
Tuesday, August 26, 2014
Wednesday, August 20, 2014
Tuesday, August 19, 2014
Monday, August 18, 2014
Saturday, June 14, 2014
Cetakan lino : Langkah demi langkah
Entri kali ini untuk memenuhi permintaan rakan-rakan
dan murid. Lama betul pakcik tak menulis, almaklumlah cuti sekolah, sibuk
dengan kenduri sana-sini. Ramai yang
bertanya tentang langkah-langkah untuk menghasilkan seni cetakan timbul. Jadi
pakcik terpanggil untuk mewakafkan sekelumit
ilmu berdasar sedikit pengetahuan dan pengalaman menghasilkan cetakan
semasa berguru dengan sifu Ponirin Amin.
Seni cetakan
timbulan merupakan kaedah cetakan tradisional paling tua, dianggarkan bermula
sejak lebih 5000 tahun lampau. Seni cetakan awal ditemui di China, muncul pada abad ke 7 masihi, mereka
gunakan blok kayu untuk hasilkan cetakan kitab keagamaan dan yang paling tua
ditemui dalam piramid .
Cetakan timbul boleh dibuat menggunakan blok kayu, blok
lino atau kolagraf. Di Maalaysia teknik cetakan digunakan dalam penghasilan
batik tradisional iaitu batik cap, menggunakan blok kayu dan logam . Tujuan kita mencetak ialah untuk mendapatkan imej yang sama berulang kali. Diringkaskan
cerita mari kita bincangkan proses catakan langkah demi langkah.
Langkah 1 :
Menyediakan alat serta bahan
Bahan utama ialah kepingan lino dan dakwat cetakan.
Kepingan lino ada bermacam kualiti, yang paling bagus adalah kepingan lino
buatan German dijual dengan harga sekitar RM35 sekeping yang berukuran 1X1
kaki. Ada kepingan lino buatan China yang dijual dengan harga lebih murah iaitu
sekitar RM 11 hingg RM 15 untuk saiz yang sama. Dakwat cetakan pula dijual
dalam bentuk tiub kecil (RM 6.50), bekas ½ kilo (RM30) dan Tin 1 kg (RM55).
Kedua-dua bahan ini agak sukar didapati disini,
selalunya pakcik oder dari Kak Tie Ketereh, nah
ini no hp beliau 0179603324. Kebanyakan rakan guru telahpun mengenali
dia. Ehh!! iklan percuma lah pulak.
Peralatan lain yang diperlukan ialah pisau ukir,
roller, pisau palit, kepingan kaca, registration block, turpentine dan
pastinya….. kertas.
Untuk menghasilkan seni sudah pasti memerlukan imej. Dalam konteks
cetakan kita akan menyediakan imej secara terbalik, contohnya sekiranya kita
ingin memasukkan teks sebagai imej cetakan maka kita perlu sediakan design
dengan tulisan terbalik. Rujuk gambar dibawah
untuk lebih jelas. Pakcik memilih gambar tikus dan labu untuk
demonstrasi kali ini. Buat beberapa cadangan komposisi dan pilih satu yang
paling berkenan dihati (atau paling senang dibuat).
Langlah 3 : Memindahkan imej keatas blok / kepingan
lino
Bagi mereka yang sudahdah pro, boleh terus ukir imej pada
kepingan lino. Tapi itu tentunya sukar, pakcik pun tak pernah buat macam tu.
Pilihan kedua ialah menampal design tersebut diatas
kepingan lino dan ukir mengikut imejnya. Ini pun masalah juga, kalau satu warna
memang boleh, tapi untuk cetakan berwarna-warni cara ini tidak sesuai, malah
proses mengukir keluar imej juga menjadi sukar kerana lapisan kertas atas
permukaan lino akan koyak rabak semasa proses mengukir.
Jadi pakcik cadangkan pilihan terakhir iaitu lukis
imej negative atas permukaan lino menggunakan pen marker berdakwat kekal.
Kenapa dakwat kekal?? ,,,,,,supaya imej pada blok tidak tertanggal semasa
proses mencetak berulang kali. Terpulang samada mahu lukis secara freehand atau
trace dengan kertas karbon.
Ini imej yang dilukis dengan marker pen diatas kepingan lino. Mungkin ada yang bertanya kenapa kepingan lino pakcik berwarna hijau. Sebenarnya ini eksperimen, pakcik guna cutting matt..... alaaah benda yang orang buat lapik untuk memotong kertas tu. Tauke Art Jaya Machang yang minta pakcik cuba bahan ini... Iklan percuma lagi. Cutting matt boleh digunakan cuma mungkin lebih baik kepingan lino.Dan gambar diatas sebenarnya yang telah siap diukir lapisan pertama, yang belum diukir pakcik terlupa snap. Korang guna imaginasi sendiri lah.
Ini imej yang dilukis dengan marker pen diatas kepingan lino. Mungkin ada yang bertanya kenapa kepingan lino pakcik berwarna hijau. Sebenarnya ini eksperimen, pakcik guna cutting matt..... alaaah benda yang orang buat lapik untuk memotong kertas tu. Tauke Art Jaya Machang yang minta pakcik cuba bahan ini... Iklan percuma lagi. Cutting matt boleh digunakan cuma mungkin lebih baik kepingan lino.Dan gambar diatas sebenarnya yang telah siap diukir lapisan pertama, yang belum diukir pakcik terlupa snap. Korang guna imaginasi sendiri lah.
Langkah 4 : Menngukir keluar imej
Proses mengukir imej
dilakukan menggunakan pisau ukir. Ukir keluar mengikut urutan warna yang
dirancang. Warna cerah akan dicetak lebih dahulu jadi bahagian tersebut diukir
keluar dahulu, diikuti warna yang semakin gelap dan diakhiri dengan warna
paling gelap atau hitam.
Nah!!! Ukior! Ukior!!
Langkah 5 : Menyediakan
registration block
Registration block
adalah tempat untuk kita letakkan blok cetakan untuk proses cetak keatas
kertas. Kegunaannya ialah supaya imej tidak lari bila dicetak kali kedua dan seterusnya. Dua paku
dibahagaian atas akan memastikan kertas berada ditempat yang sama apabila dicetak.
Rujuk gambar supaya lebih jelas.
Potong mountingboard dan tampal atas plywood atau mountingboard besar,
buat sarang ikut saiz kepingan lino
Langkah 6 : Menyediakan
dakwat
Dakwat cetak dilepa
diatas permukaan kaca menggunakan pisau palit sehingga lembut dan tidak
berketul. Gelek dengan roller sehingga rata dan nipis, kemudian gelekkan roller
keatas blok lino untuk meratakan dakwat cetak. Sedia untuk mencetak.
Langkah 7 : Proses mencetak
Letakkan kepingan lino
dalam registration block dengan berhati-hati. Letakkan kertas pada lubang paku,
dan lepas kan kertas supaya terhampar diatas kepingan lino. Gosok dengan sudu
atau sudip kayu, tapi Pakcik lebih selesa guna upih pinang untuk menggosok
cetakan. Setelah diyakini dakwat telah melekat barulah kertas diangkat dengan
cermat. Keringkan ditempat teduh selama 1 hingga 3 hari atau sehingga dakwat
kering.
Imej yang siap dicetak warna pertama
Langkah 8 : Membersihkan
dakwat
Bersihkan dakwat pada
permukaan kaca, roller, kepingan lino
dan pisau palit menggunakan turpentine. Lapkan dengan kertas surat
khabar dan kain sehingga semua kesan dakwat hilang. Sedia untuk proses mengukir
untuk cetakan warna kedua. Rasanya langkah ini tak perlu gambar.
Langkah 9 : Proses mengukir
untuk cetakan warna kedua
Ukir keluar semua
bahagian yang akan dibiarkan dengan warna kuning dari cetakan pertama. Lihat
gambar untuk lebih jelas.
Setelah diukir keluar kali kedua : tinggal bahagian yang akan dicetak hitam sahaja
Langkah 10 : Ulang cetak
dengan warna kedua
Untuk cetakan kali
ini, pakcik Cuma menggunakan dua warna, jadi warna kedua ialah warna hitam.
Lihat gambar langkah-demi langkah.
Gelek dakwat
Roll pada blok, letak dalam registration block
Letak kertas yang telah dicetak warna pertama
Gosok dengan upih
Angkat balik kertas
Sidai ditempat teduh
Sudah masuk Asar...... nanti pakcik sambung kemudian
9:27 pm,, ok sambung lagi. Proses mencetak diatas mengambil masa selama 5 hari. Walaupun cuma dua warna, prosesnya tetap makan masa terutamanya proses menjana idea, mengukir, mencetak dan pengeringan dakwat sangat perlahan.
Sekitar bengkel cetakan di SMK Kubang Kerian
Ops..... Stop dulu nanti sambung
7:46am..... Sambung lagi. Pakcik kagum dengan cikgu dan pelajar SMK KK kerana mereka begitu komited dalam belajar. Pn Mas ratna menganjurkan bengkel cetakan semasa cuti sekolah. Pelajar dijemput melalui fb sahaja dan semua hadir.
Subscribe to:
Posts (Atom)



























