Followers

Tuesday, April 7, 2009

CETAKAN KAYU


Cetakan kayu merupakan kaedah cetakan dari jenis cetak timbul (relief print). Cetakan kayu merupakan kaedah cetakan tertua didunia. Mula dicipta di China untuk mencetak manuskrip dan risalah-risalah. Kepingan kayu digunakan sebagai blok. Imej diukir pada blok kayu dan dicetak ke permukaan kertas menggunakan dakwat cetak. Proses mencetak amat mudah tetapi memerlukan ketelitian bagi menjamin kualiti hasil cetakan. Kebersihan merupakan disiplin terpenting dalam seni cetak. Gambar menunjukkan proses menghasilkan cetakan kayu.

Murid -murid tingkatan 4 diminta bersedia untuk aktiviti cetakan kayu dalam unit pembelajaran seterusnya.

2 comments:

  1. Assalam,

    Nak tanya, kat mana ye boleh dapat wooden block/plank atau unfinished wooden craft yang kita bole personalized size dia? TQ :)

    ReplyDelete