Followers

Sunday, October 14, 2012

Resepi sihat

Pernah makan rebung madu? Rebung ini ditanam secara komersil di Perlis. Saya tanam di halaman rumah sebagai hiasan. Harga pasaran rebung madu di pasir puteh, Kelantan ialah rm4 sekilogram. Salah satu cara masakan rebung ialah dibuat kerabu. Saya baru sahaja mencuba juadah ini, sangat lazat, teksturnya kasar dan rangup sungguh menyelerakan.
Cubalah resepi ini:
1. Ikan rebus di tumbuk bersama bawang, serai, lada hitam, gula melaka dan kelapa sangai.
2. Gaulkan bersama rebung yang telah di sagat dan di celur.
3. Tuangkan sedikit santan yang telah diperasakan dengan garam, perahkan limau nipis, tabur daun ketumbar dan hidangkan .

No comments:

Post a Comment