copy disini
khusus membincangkan topik-topik berkaitan seni visual peringkat sekolah dan senario seni tampak terkini.Mencadangkan tip-tip untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam subjek seni visual.Memartabatkan seni tradisi sebagai seni kelas pertama tanpa meminggirkan seni kontemporari. (Art scene and education)
Followers
Tuesday, August 26, 2014
Wednesday, August 20, 2014
Tuesday, August 19, 2014
Monday, August 18, 2014
Saturday, June 14, 2014
Cetakan lino : Langkah demi langkah
Entri kali ini untuk memenuhi permintaan rakan-rakan
dan murid. Lama betul pakcik tak menulis, almaklumlah cuti sekolah, sibuk
dengan kenduri sana-sini. Ramai yang
bertanya tentang langkah-langkah untuk menghasilkan seni cetakan timbul. Jadi
pakcik terpanggil untuk mewakafkan sekelumit
ilmu berdasar sedikit pengetahuan dan pengalaman menghasilkan cetakan
semasa berguru dengan sifu Ponirin Amin.
Seni cetakan
timbulan merupakan kaedah cetakan tradisional paling tua, dianggarkan bermula
sejak lebih 5000 tahun lampau. Seni cetakan awal ditemui di China, muncul pada abad ke 7 masihi, mereka
gunakan blok kayu untuk hasilkan cetakan kitab keagamaan dan yang paling tua
ditemui dalam piramid .
Cetakan timbul boleh dibuat menggunakan blok kayu, blok
lino atau kolagraf. Di Maalaysia teknik cetakan digunakan dalam penghasilan
batik tradisional iaitu batik cap, menggunakan blok kayu dan logam . Tujuan kita mencetak ialah untuk mendapatkan imej yang sama berulang kali. Diringkaskan
cerita mari kita bincangkan proses catakan langkah demi langkah.
Langkah 1 :
Menyediakan alat serta bahan
Bahan utama ialah kepingan lino dan dakwat cetakan.
Kepingan lino ada bermacam kualiti, yang paling bagus adalah kepingan lino
buatan German dijual dengan harga sekitar RM35 sekeping yang berukuran 1X1
kaki. Ada kepingan lino buatan China yang dijual dengan harga lebih murah iaitu
sekitar RM 11 hingg RM 15 untuk saiz yang sama. Dakwat cetakan pula dijual
dalam bentuk tiub kecil (RM 6.50), bekas ½ kilo (RM30) dan Tin 1 kg (RM55).
Kedua-dua bahan ini agak sukar didapati disini,
selalunya pakcik oder dari Kak Tie Ketereh, nah
ini no hp beliau 0179603324. Kebanyakan rakan guru telahpun mengenali
dia. Ehh!! iklan percuma lah pulak.
Peralatan lain yang diperlukan ialah pisau ukir,
roller, pisau palit, kepingan kaca, registration block, turpentine dan
pastinya….. kertas.
Untuk menghasilkan seni sudah pasti memerlukan imej. Dalam konteks
cetakan kita akan menyediakan imej secara terbalik, contohnya sekiranya kita
ingin memasukkan teks sebagai imej cetakan maka kita perlu sediakan design
dengan tulisan terbalik. Rujuk gambar dibawah
untuk lebih jelas. Pakcik memilih gambar tikus dan labu untuk
demonstrasi kali ini. Buat beberapa cadangan komposisi dan pilih satu yang
paling berkenan dihati (atau paling senang dibuat).
Langlah 3 : Memindahkan imej keatas blok / kepingan
lino
Bagi mereka yang sudahdah pro, boleh terus ukir imej pada
kepingan lino. Tapi itu tentunya sukar, pakcik pun tak pernah buat macam tu.
Pilihan kedua ialah menampal design tersebut diatas
kepingan lino dan ukir mengikut imejnya. Ini pun masalah juga, kalau satu warna
memang boleh, tapi untuk cetakan berwarna-warni cara ini tidak sesuai, malah
proses mengukir keluar imej juga menjadi sukar kerana lapisan kertas atas
permukaan lino akan koyak rabak semasa proses mengukir.
Jadi pakcik cadangkan pilihan terakhir iaitu lukis
imej negative atas permukaan lino menggunakan pen marker berdakwat kekal.
Kenapa dakwat kekal?? ,,,,,,supaya imej pada blok tidak tertanggal semasa
proses mencetak berulang kali. Terpulang samada mahu lukis secara freehand atau
trace dengan kertas karbon.
Ini imej yang dilukis dengan marker pen diatas kepingan lino. Mungkin ada yang bertanya kenapa kepingan lino pakcik berwarna hijau. Sebenarnya ini eksperimen, pakcik guna cutting matt..... alaaah benda yang orang buat lapik untuk memotong kertas tu. Tauke Art Jaya Machang yang minta pakcik cuba bahan ini... Iklan percuma lagi. Cutting matt boleh digunakan cuma mungkin lebih baik kepingan lino.Dan gambar diatas sebenarnya yang telah siap diukir lapisan pertama, yang belum diukir pakcik terlupa snap. Korang guna imaginasi sendiri lah.
Ini imej yang dilukis dengan marker pen diatas kepingan lino. Mungkin ada yang bertanya kenapa kepingan lino pakcik berwarna hijau. Sebenarnya ini eksperimen, pakcik guna cutting matt..... alaaah benda yang orang buat lapik untuk memotong kertas tu. Tauke Art Jaya Machang yang minta pakcik cuba bahan ini... Iklan percuma lagi. Cutting matt boleh digunakan cuma mungkin lebih baik kepingan lino.Dan gambar diatas sebenarnya yang telah siap diukir lapisan pertama, yang belum diukir pakcik terlupa snap. Korang guna imaginasi sendiri lah.
Langkah 4 : Menngukir keluar imej
Proses mengukir imej
dilakukan menggunakan pisau ukir. Ukir keluar mengikut urutan warna yang
dirancang. Warna cerah akan dicetak lebih dahulu jadi bahagian tersebut diukir
keluar dahulu, diikuti warna yang semakin gelap dan diakhiri dengan warna
paling gelap atau hitam.
Nah!!! Ukior! Ukior!!
Langkah 5 : Menyediakan
registration block
Registration block
adalah tempat untuk kita letakkan blok cetakan untuk proses cetak keatas
kertas. Kegunaannya ialah supaya imej tidak lari bila dicetak kali kedua dan seterusnya. Dua paku
dibahagaian atas akan memastikan kertas berada ditempat yang sama apabila dicetak.
Rujuk gambar supaya lebih jelas.
Potong mountingboard dan tampal atas plywood atau mountingboard besar,
buat sarang ikut saiz kepingan lino
Langkah 6 : Menyediakan
dakwat
Dakwat cetak dilepa
diatas permukaan kaca menggunakan pisau palit sehingga lembut dan tidak
berketul. Gelek dengan roller sehingga rata dan nipis, kemudian gelekkan roller
keatas blok lino untuk meratakan dakwat cetak. Sedia untuk mencetak.
Langkah 7 : Proses mencetak
Letakkan kepingan lino
dalam registration block dengan berhati-hati. Letakkan kertas pada lubang paku,
dan lepas kan kertas supaya terhampar diatas kepingan lino. Gosok dengan sudu
atau sudip kayu, tapi Pakcik lebih selesa guna upih pinang untuk menggosok
cetakan. Setelah diyakini dakwat telah melekat barulah kertas diangkat dengan
cermat. Keringkan ditempat teduh selama 1 hingga 3 hari atau sehingga dakwat
kering.
Imej yang siap dicetak warna pertama
Langkah 8 : Membersihkan
dakwat
Bersihkan dakwat pada
permukaan kaca, roller, kepingan lino
dan pisau palit menggunakan turpentine. Lapkan dengan kertas surat
khabar dan kain sehingga semua kesan dakwat hilang. Sedia untuk proses mengukir
untuk cetakan warna kedua. Rasanya langkah ini tak perlu gambar.
Langkah 9 : Proses mengukir
untuk cetakan warna kedua
Ukir keluar semua
bahagian yang akan dibiarkan dengan warna kuning dari cetakan pertama. Lihat
gambar untuk lebih jelas.
Setelah diukir keluar kali kedua : tinggal bahagian yang akan dicetak hitam sahaja
Langkah 10 : Ulang cetak
dengan warna kedua
Untuk cetakan kali
ini, pakcik Cuma menggunakan dua warna, jadi warna kedua ialah warna hitam.
Lihat gambar langkah-demi langkah.
Gelek dakwat
Roll pada blok, letak dalam registration block
Letak kertas yang telah dicetak warna pertama
Gosok dengan upih
Angkat balik kertas
Sidai ditempat teduh
Sudah masuk Asar...... nanti pakcik sambung kemudian
9:27 pm,, ok sambung lagi. Proses mencetak diatas mengambil masa selama 5 hari. Walaupun cuma dua warna, prosesnya tetap makan masa terutamanya proses menjana idea, mengukir, mencetak dan pengeringan dakwat sangat perlahan.
Sekitar bengkel cetakan di SMK Kubang Kerian
Ops..... Stop dulu nanti sambung
7:46am..... Sambung lagi. Pakcik kagum dengan cikgu dan pelajar SMK KK kerana mereka begitu komited dalam belajar. Pn Mas ratna menganjurkan bengkel cetakan semasa cuti sekolah. Pelajar dijemput melalui fb sahaja dan semua hadir.
untuk perhatian pn era
Ini label sos seperti yang diminta pihak tuan. Rekaan ini belum di cuba pada botol. Sila copy, print dan cuba tampal pada botol. hubungi kami untuk editing.
...........Dan logo HMS dengan resolusi 300
Friday, June 13, 2014
Untuk perhatian en awie & Pn era
Ini rekaan label kicap yang dibincangkan tempohari. Untuk rekaan sos pencicah, kami perlukan maklumat ramuannya. Saiz sudah di set. klik atas gambar untuk buka saiz sebenar, klik kanan atas gambar, save image, lepastu print.
Monday, May 26, 2014
Budaya Melayu- Satu wacana ringkas
Amirul VS Pojea- Latihan Silat Tongkat
Budaya Melayu harus dinikmati dan dihargai oleh orang Melayu sendiri, sebelum kita mempromosikannya kepada masyarakat antarabangsa. Anak melayu perlu kenal seni budaya nenek moyang mereka lantas mengutip nilai-nilai positif yang diterapkan. Amat malang bila orang Melayu sendiri mencemuh seni budaya Melayu, menganggapnya kolot serta ketinggalan zaman.
Entri kali ini berkisar tentang seni silat yang tergolong dalam aktiviti kebudayaan antaranya silat cantik, silat tari, silat jatuh, silat pulut, silat tongkat dan sebagainya. Silat-silat ini masih lagi dipelajari di kampung-kampung melalui pertubuhan kecil dengan keahlian terhad. Kebanyakan murid adalah golongan kanak-kanak antara 6 hingga 12 tahun namun terdapat juga murid remaja dan dewasa. Aktiviti latihan diadakan pada waktu malam antara pukul 9.30 hingga 11.00 malam. Guru akan mengajar tarian langkah sembah, bunga dan buah serta kunci secara berperingkat sehingga semua murid mahir. Pada malam minggu aktiviti silat diiringi paluan gendang dan serunai, murid turut berpeluang mempelajari muzik silat.
Guru turut menerapkan nilai-nilai murni dalam bersosial seperti bersalaman dengan semua orang, menghormati yang lebih tua, patuh pada guru, yakin diri, serta memupuk semangat persaudaraan. Secara peribadi penulis amat memandang tinggi seni budaya ini dan merasakan ia patut disokong oleh masyarakat setempat serta pihak berwajib. Secara ilmiah aktiviti ini mampu meningkatkan kemahiran psikomotor dan kognitif murid serta meransang sensitiviti mereka ketahap yang lebih baik. Indikator terbaik ialah apabila penulis melihat sendiri perubahan positif dari segi sikap dan tingkah laku peserta.
Untuk perbandingan mari kita lihat bagaimana ibu bapa di Eropah yang menganggap seni tarian ballet dan piano sebagai suatu yang amat penting dipelajari oleh kanak-kanak. mereka hampir mewajibkan setiap kanak-kanak menguasai ballet dan piano. Bahkan kajian oleh sarjana barat juga menyatakan aktiviti ballet mampu meningkatkan kecerdasan otak dan motor kanak-kanak.
Alif Vs Adam
Thursday, April 17, 2014
UNTUK PERHATIAN EN MAT
Entri kali ini untuk perhatian En Mat. Foto dibawah adalah rekabentuk rumah untuk rujukan pihak tuan.
Bawah: pandangan depan
Atas : Pandangan belakang
p/s : -Tangga dapur saya belum lukis
- Jika tinggi 10 kaki tidak sesuai, sila tambah jadi 11 atau 12 kaki
Bawah : Pandangan kiri
Atas : Pandangan kanan
Pelan
p/s : Garisan dakwat merah tu ruang tingkat atas
perspektif dari dalam (depan pintu utama)
Wednesday, April 9, 2014
Potret melayu
Seperti dijanjikan saya akan terus menulis mengenai karya Md Fadli Yusoff dalam beberapa entri, satu persatu sehingga habis material yang dikumpul.
Karya kali ini saya namakan sebagai potret melayu.
Keris pekaka
Atau setengah dalang menyebutnya sebagai Tajung.
Keris yang nampak sombong
Imej keris warisan melayu, menurut ahli sejarah rekaan ulu tajung adalah dari zaman kerajaan silam langkasuka. Paparan imej amat jelas, setiap motif yang melata pada pada ulu keris diberi perincian secara bersungguh-sungguh. Pelukis begitu mahir mengolah warna, kelihatan kesan lutsinar berlapis- lapis hasil gabungan teknik glaizing dan scumbling. Teknik yang sama juga digunakan bila beliau menghasilkan figura atau potret.
Pelukis berjaya membezakan dua krektor dalam catan iaitu besi dan kayu. Untuk lebih jelas, imej digambarkan secara realistik sehingga besi kelihatan betul-betul besi manakala kayu nampak macam kayu. Latar hitam dan putih pula bertujuan untuk mempersembahkan imej keris dengan berkesan. Ulu keris Tajung itu sendiri secara visual kelihatan angkuh, tegas, bak pahlawan perang.
Kadang-kadang kelihatan tercengang-cengang macam kehairanan (menurut cikgu nasir, pakar keris, kelantan).
Karya ini berjaya menonjolkan subjek dengan baik. Segala aspek formal diatur dengan kemas dalam satu kompisisi yang menarik menjadikan karya seni ini sebuah hasil seni yang bermakna dan mampu difahami audien.
Monday, April 7, 2014
Dua cinta
Entri kali ini akan mewacana karya Padeli yang berjudul "Dua Cinta". Foto diatas adalah karya yang saya maksudkan,,, emmm....maksud saya dua panel di belakang, tidak termasuk figura.
Pertama kali lihat karya ini, hati terus jatuh cinta. Pada motif arabesnya, pada susunannya, pada khat nya, pada garisannya, jalinannya, dan warnanya.
Oh! Benarkah ini karya Padeli? Sejak bila beliau mula hasilkan bentuk karya beraliran "Islamic Art"? Mungkin dia telah tidak lagi melukis catan figuratif. Itu persoalan yang berlegar dibenakku. Namun setelah melawat ke tingkat atas studio, semuanya semakin jelas. Padeli amat konsisten dalam berkarya, namun tidak terikat dengan mana- mana aliran seni. Seperti yang beliau nyatakan dahulu "Aku tak fikir sangat, aku buat saja".
Kembali kepada karya "Dua Cinta", sekali pandang akan tajuknya kemudian perhatikan karya kita mungkin terus faham ekspresi pelukis melalui bahasa visualnya. Ini adalah terjemahan rasa seorang hamba terhadap khaliknya. Hamba ini juga turut mencintai makhluk yang dimuliakan oleh khalikya.
Ya itu sahaja, tidak perlu fikir isu yang berat-berat seperti Politik, sosial, Ekonomi, Perang, pencemaran, dan entah apa lagi masalah yang menyesakkan otak.
Kali ini kita kembali kepada persoalan asas. Lembutkan hati dalam mengenang Allah serta rasul. Leburlah duka hilang derita, hati tenggelam didalam rasa, terus menapak berpaling tiada, menuju khalik yang maha Esa.
Nah sekarang audien dan pengkarya sedang berkogsi rasa, bukankah ia sepatutnya begitu, atau sekurang-kurangnya tujuan seni itu adalah sebegitu.
Terus terang,,,, saya amat tertarik dengan karya ini. Teruskan sahabatku.
Alllahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,,, walillahilhamd.
Monday, March 31, 2014
Padeli (Md. Fadli Yusoff)
Khamis, 27mac 2014, sekali lagi pakcik jumpa sahabat lama, Fadli yusoff. Seorang pelukis sepenuh masa yang amat komited menjalani hidup sebagai makhluk berseni.
Padeli (panggilan rakan-rakan) seperti yang saya kenal sejak tahun 90an, seorang yang sentiasa tenang dan tawaduk sehingga kadangkala ditafsirkan sebagai ego. Pakcik dipelawa ke studionya, alhamdulillah. Memang pakcik teringin melihat karya-karya terbaharu beliau. Jadi beberapa entri selepas ini akan berkisar tentang karyanya.
Wednesday, March 19, 2014
Terkenang semasa dulu
Hari ini saya dapat sesuatu yang amat bernilai atau sekurang- kurangnya bernilai bagi saya. Rakan sekelas sekolah rendah dari grup whats app telah mengongsikan gambar yang dirakam sekitar tahun 1981. Gambar tersebut berusia 33 tahun , Sungguh mengujakan.
Pada masa tersebut kami berada di darjah 1, sekolah kebangsaan Melor. Rata-rata murid Melayu pada masa itu dari keluarga petani termasuk saya.
Mengenang masa lampau, kami hanya membawa wang saku sebanyak 20 sen sahaja ke sekolah setiap hari. Itu sudah mencukupi pada masa itu. Seketul kuih berharga 10 sen dan air sirap 10sen, sudah cukup sebagai alas perut waktu rehat, kami tidak pernah rasa kelaparan. Mungkin itulah gambaran keberkatan rezeki yang diraih dari jerih usaha mengerjakan sawah oleh orang tua kita.
Jadi agak mustahil bagi kami untuk mem beli foto yang dijual dengan harga 50sen sekeping. Bukan tidak mampu, jika diminta dari ibu 50sen untuk beli gambar pasti akan ditunaikan, tapi itu bukan sikap kami kanak-kanak zaman 80an. Kami sedar kesukaran Ibu bapa kita walaupun mereka tidak pernah menunjukkan kesusahan depan anak-anak, tidak pernah merungut tiada wang untuk membiayai persekolahan anak-anak. Sebaliknya pesan tegas mereka " tugas mu ngaji jah, bab cari pitih kijo aku".
Thursday, March 6, 2014
Still life : satu objek
Latihan hari ini, kami melukis satu objek sahaja. Sebuah tempayan dengan media pensel warna teknik silang pangkah.
Start
Subscribe to:
Posts (Atom)




























